MeMbeBel iTu SaNgaT SeDaP !!!!!!

Tentang Kehidupan Tentang Hati & Perasaan....

Dua lagi mangsa ragut maut
Oleh Betty Subaryati dan Zulfa Mohamad
bhnews@bharian.com.my

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu.

Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menghimpit motosikal Saripah sebelum meragut beg tangan yang disandangnya.


Saripah yang menunggang bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat, tercampak ke tengah jalan dan ketika itu, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya. Dua lelaki berkenaan melarikan diri.

Zahruddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Di TASEK GELUGOR, Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Beliau yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam.

Anak mangsa, Siti Minah Idris, 58, berkata lelaki terbabit serta rakannya yang menaiki motosikal Yamaha RXZ berhenti di depan rumah mereka dan berpura-pura hendak mencari anak lelakinya yang didakwa berhutang RM2,000 dengan along.

"Saya sedang menjemur pakaian di depan rumah manakala ibu berehat di atas sofa di dalam rumah.

Saya menyangka mereka rakan anak saya, Mohd Shukri Mohd Saad, tetapi berasa pelik apabila lelaki itu menyebut nama Din sedangkan saya tiada anak bernama Din," katanya.

Siti Minah berkata, dia terus berlari ke dalam rumah tanpa sempat mengunci pintu apabila lelaki berkenaan mengugut untuk membunuhnya jika tidak memberi wang.

"Mereka mengejar dan menarik kain saya sehingga berlaku pergelutan di ruang tamu dan seorang daripada lelaki itu meragut rantai emas saya. Ketika itu ibu cuba membantu tetapi dia ditumbuk sebelum mereka lari menghala pekan Tasek Gelugor," katanya.

Mohd Shukri pula berkata, dua lelaki itu dipercayai orang yang sama meragut seorang wanita menunggu bas di kampung itu, beberapa hari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semakin Menjadi- jadi kelakuan PERAGUT sekarang ni....Betapa pilu hati aku membaca berita ni.Tiada kata yang lebih bernilai selain dari kata2 redhalah kepada seluruh keluarga yg terbabit,Kepada SUAMI2 di luar sana, TOLONGLAH PRIHATIN DAN HARGAILAH PENGORBANAN ISTERI ANDA TERUTAMA PADA ISTERI2 YG HAMIL, BERKORBANLAH SEDIKIT MASA UNTUK MEREKA, BUKANNYA LAMA...9 BULAN JE,TEMANKANLAH ISTERI TU KEMANA SAHAJA...MANUSIA SEKARANG MEMANG KEJAM...DAN PERAGUT2 YG BEBAS KAT LUAR SANA TU..INGATLAH PERBUATAN ENGKAU PASTI AKAN DI BALASSSS,KAU PERAGUT MEMANG SEYEL...EEEE GERAMMMMNYA AKU NGAN PERAGUT NI.

5 comments:

tak patut betul la peragut ni......kejam sungguh kelakuan mereka..ermmmmm(geleng kepala)..

2 la..x ptt..dah xdak kja..jgn smpi mmbnuh..nk ragut pn agak2 la

ni dah melampau ni..
Ok kwn2, lps ni kita beli beg selimpang...spray myk wangi utk sembur kat mata perompak tu..dan pisau lipat...utk lukakan "binatang" tu...

ni senjata kita la bg org pompuan selain surrah2 dan pendinding diri yg mst diamalkan dr di pukau...

yg lain serah pada Allah! kita merancang..Tuhan yg tentukan

Erkkkk...ngeriiiiii...

Mama pon berisiko gak ni...ari2 rempit...tapi mama bukan peragot ye anak2....mama merempit je...ahaksss...

kesian sgt...belum sempat tgk permata hati...

aspa, aku cam x sesuai je pakai beg selempang...hehehe...

Bubbles 3

Anugerah Dari MaMa

Anugerah Dari MaMa
Powered By Blogger

Meh Kita Nyembang


ShoutMix chat widget

Time


Get your own Digital Clock

About this blog


widgeo

My Photo
ieda Harun
Menghargai setiap apa yang ada,Berbicara dengan hati yang lapang,Sebaik² kejadian Tuhan kerana boleh mendengar,melihat dan merasa...
View my complete profile

♥♥♥♥

♥♥♥♥

Followers

My Blog List

Site Meter